Kemenangan BN  suntikan moral pada Kerajaan Perpaduan - PM Kemenangan BN  suntikan moral pada Kerajaan Perpaduan - PM

Kemenangan BN  suntikan moral pada Kerajaan Perpaduan – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri bakal menjadi suntikan moral untuk Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan tersebut adalah penzahiran rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan Madani selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang kian mekar.

Menurut  beliau, kerajaan akan terus tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan menjulang kemakmuran negara ke Tingkat tertinggi.

“Alhamdulillah, tahniah saudara Mohd Azmawi yang mewakili BN atas kemenangan dalam PRK Nenggiri semalam.

“(Ia) sekali gus membuktikan rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan perpaduan,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, BN  meraih kemenangan bergaya selepas Awie menang dengan memperoleh undian keseluruhan 0,091 sekali gus merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Awie menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×