KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) tidak bergantung kepada mana-mana individu sebaliknya bergantung kepada rakyat untuk memastikan kekuatan parti. Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberi bayangan keputusan Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas melepaskan jawatan dalam parti mungkin beliau mahu menyertai parti lain. “Itu hak dia, kita (Warisan) bagi dia menjadi calon beberapa kali, terpulang kepada dia. Siapa pun dia nak sokong, apa yang penting…