Kalah PRK Nenggiri, PN istiqomah - Muhyiddin

Kalah PRK Nenggiri, PN istiqamah – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan terus beristiqamah selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), semalam.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berterima kasih kepada semua pengundi di Nenggiri yang mengundi PN.

Kata beliau, walaupun kalah tetapi obor perjuangan PN untuk membela agama, bangsa dan negara perlu terus dinyalakan.

“Walaupun kita mengharapkan kemenangan, kita menerima keputusan yang telah dibuat oleh pengundi dengan hati yang terbuka.

“Yang penting kita terus istiqamah dalam landasan perjuangan yang menguji kesabaran dan ketahanan kita,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan bergaya selepas calonnya Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas memperoleh undian keseluruhan 0,091 undi sekali gus merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Mohd. Azmawi menang dengan majoriti 3,352 undi sekaligus menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan petugas PN yang turut turun membantu kempen calonnya.“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan petugas PN yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu kempen PN di Nenggiri. Sumbangan dan penat lelah anda semua amat saya hargai,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN