Junta Myanmar nafi Jeneralnya ditahan

Junta Myanmar nafi Jeneralnya ditahan

ANGGOTA tentera Myanmar berarak pada Hari Kesatuan di Naypyidaw. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kerajaan junta Myanmar hari ini menafikan khabar angin mendakwa Jeneralnya, Min Aung Hlaing ditahan kepimpinan kanan tenteranya dalam satu lagi cubaan rampasan kuasa.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai satu propaganda oleh pengkhianat, junta dalam satu kenyataan menyatakan, ia bertujuan mengganggu keamanan dan kestabilan negara.

“Dakwaan itu adalah propaganda yang mahu menggugat keamanan negara.

“Ketua negara dan pihak berkuasa sedang menunaikan tanggungjawab nasional mereka bersama-sama,” kata junta dalam kenyataan berkenaan.

Beberapa hantaran media sosial semalam mendakwa, pemimpin-pemimpin kanan tentera menahan Aung Hlaing di ibu negara Naypyidaw dalam usaha menukar kepemimpinan tertinggi junta.

Aung Hlaing dalam tempoh beberapa minggu ini berdepan kecaman susulan kehilangan wilayah yang kini dikuasai kumpulan bersenjata etnik minoriti dan penentang lain yang berjuang menamatkan rampasan kuasa bermula 2021.

Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika lawatan kerja Menteri Luar China, Wang Yi ke negara ini bermula hari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, rangka lawatan terbabit bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang.

China adalah sekutu utama dan pembekal senjata kepada pihak junta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×