JAKARTA: Tindakan Presiden Indonesia, Joko Widodo melakukan rombakan menteri dan timbalan menteri dengan meletakkan dua orang kuat Presiden Terpilih, Prabowo Subianto sekali gus membayangan kabinet pasca Pilihan Raya Indonesia 2024.
Dalam rombakan Kabinet hari ini, beliau atau lebih dikenali Jokowi melantik anggota Parti Gerinda yang diketuai Prabowo iaitu Dr. Supratman Andi Agtas sebagai Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia.
Selain itu, beliau melantik seorang pemimpin Gerindia iaitu Raka Prabowo menjadi Timbalan Menteri Komunikasi dan Informatika.
Malah Jokowi juga mewujudkan Badan Gizi atau Jabatan Diet dalam rombakan Kabinet ini, iaitu yang satu entiti yang bakal menggalas program permakanan Prabowo seperti mana janji ketika kempen pilihan raya Presiden Indonesia.
Rombakan itu juga menyaksikan pelantikan tiga menteri, seorang timbalan menteri dan empat ketua jabatan dengan mereka mengangkat sumpah di hadapan Jokowi, semalam.
Ini merupakan rombakan ketujuh sepanjang Jokowi menjadi Presiden Indonesia dengan seolah-olah membayangkan Kabinet Prabowo yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden pada Oktober ini.
Pemerhati politik menyifatkan tindakan Jokowi itu bagi melancarkan proses peralihan kuasa antara Jokowi dan Prabowo selepas pilihan raya Indonesia yang berlangsung pada awal tahun ini. – AGENSI










