TOKYO: Jepun perlu mencari pengganti Fumio Kishida yang akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas pemimpin itu memutuskan untuk berundur sebagai Ketua Parti Parti Liberal Demokratik (LDP) menjelang pemilihan parti yang berlangsung pada bulan depan.
Ini setelah Kishida memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukan sebagai Ketua LDP dalam pemilihan parti, di saat pentadbirannya dicemari skandal politik dan kenaikan harga barangan.
Perkembangan itu bermakna beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas Ketua baharu LDP dipilih dalam pemilihan parti selesai.
Perkara itu diumumkan Fumio dalam sidang akhbar sekali gus sekali gus menamatkan tempoh tiga tahun pentadbirannya yang diwarnai dengan kenaikan harga barang dan dicemari skandal politik.
Menurut Fumio, beliau mengambil tindakan untuk tidak mempertahankan Ketua LDP kerana parti perlu berubah dengan memilih seorang ketua yang baharu.
“LDP perlu mempunyai hala tuju jelas. Kaedah paling jelas untuk menunjukkan bahawa LDP perlu berubah dengan saya perlu berundur,” katanya dalam sidang akhbar.
Memetik media Nikkei, keputusan itu dibuat selepas kegagalan pentadbiran Fumio dalam mengendalikan isu skandal dana politik dalam LDP di samping kemorosotan sokongan rakyat sekali gus menjadi potensi parti tidak dapat memenangi pilihan raya dijangka Oktober ini.
Keputusan Kishida untuk berhenti akan mencetuskan pemilihan baharu untuk mencari menggantikannya sebagai ketua parti dan seterusnya sebagai pemimpin ekonomi keempat terbesar di dunia.
Pengganti dipilih LDP mungkin menghadapi menguruskan peningkatan kos sara hidup, dan ketegangan geopolitik semakin meningkat. – AGENSI










