Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan  - Utusan Malaysia

Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan 

ANAK bongsu Allahyarhamah Wan Harizahtul Nadia Abu Bakar menabur bunga sambil diperhatikan abangnya Wan Mohd Hibatullah selepas upacara perkebumian ibunya Sharifah Azizah Syed Zain di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tengah, Kluang disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.25 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah Kampung Tengah di sini.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Sharifah Azizah, 64, disolatkan di Masjid Jamek Kampung Tengah selepas dituntut ahli keluarga di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini.

Kira-kira lebih 500 ahli keluarga, rakan seperjuangan dan masyarakat setempat turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi  dan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Rabu lalu, akhbar melaporkan Sharifah Azizah, 64, dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dalaman.

Beliau menghembus nafas terakhir pada pukul 12.25 tengah hari tadi di Hospital Enche  Besar Hajjah Khalsom.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993, merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. 

Beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain Idrus Shahab Al-Haj yang merupakan bekas Speaker DUN Johor paling lama berkhidmat, iaitu dari 1978 hingga 1990. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN