Israel dakwa bunuh dua pemimpin Hamas

Israel dakwa bunuh dua pemimpin Hamas

Rakyat Palestin memeriksa kerosakan rumah mereka berdekatan kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza yang menjadi sasaran serangan bom, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Israel mendakwa telah membunuh dua pemimpin Hamas dalam satu serangan di Jenin, Tebing Barat, menurut kenyataan dikeluarkan pihak tersebut.

Menurut kenyataan bersama Agensi Keselamatan Israel dan Pasukan Pertahanan Israel, dua individu dikenalpasti adalah Ahmed Abu Ara dan Rafet Dawasi, kedua-duanya daripada daerah utara Tebing Barat.

Dalam pada itu, Briged Al-Qassam Hamas mengesahkan kejadian itu dalam satu serangan di Jenin.

Kenyataan Israel berkata kedua-dua militan terbabit merancang serangan tembakan minggu lalu di Lembah Jordan Tebing Barat di mana seorang lelaki Israel, Yonatan Deutsch, terbunuh.

Pihak berkuasa Israel kemudian berkata bahawa lelaki bersenjata Palestin melepaskan tembakan di jalan utama di Tebing Barat pada 11 Ogos, membunuh seorang dan mencederakan seorang lagi.

Kemudian pada hari sama, Briged al-Qassam berkata pejuangnya yang berpangkalan di Tebing Barat membunuh seorang askar Israel di jarak dekat berhampiran penempatan Mehola di Lembah Jordan dan kembali ke pangkalan mereka dengan selamat.

Hamas berkata, operasi itu sebagai membalas dendam terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah di mana penduduk Palestin dan membunuh sekurang-kurangnya 90 orang.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×