Islamophobia sengaja diadakan cetus ketegangan.

Islamophobia sengaja diadakan cetus ketegangan, wujud kebencian

KUMPULAN perusuh membakar kenderaan dalam satu kejadian di sebuah bandar di England, baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMOPHOBIA sengaja diadakan bagi mewujudkan kebencian kepada agama Islam dengan menularkan dakyah dan maklumat palsu kononnya dilakukan oleh kumpulan pelampau agama.

Segalanya bermula daripada penyebaran maklumat palsu di media sosial dengan mengaitkan tragedi pembunuhan dan rusuhan serta ancaman keganasan dengan umat Islam.

Perkara itu secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang turun ke jalanan untuk merusuh sekali gus menyebabkan tindakan balas dalam kalangan orang Islam sendiri yang terancam dan menerima ugutan nyawa oleh pelbagai pihak, pada setiap hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rusuhan kaum di United Kingdom (UK), serangan gereja dan kuil di Bangladesh serta pembatalan konsert Taylor Swift merupakan antara contoh percaturan barat termasuklah di dalam kalangan media antarabangsa kononnya umat Islam adalah di sebalik semua perbuatan tersebut.

PROPAGANDA Islamophobia sengaja diadakan untuk memburukkan imej Islam.-AGENSI

Mengambil contoh rusuhan di UK baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa kumpulan haluan kanan mahu menyerang sebuah masjid di Liverpool sekali gus berlaku tindak balas beberapa belia Islam yang berkumpul sambil membawa senjata untuk mempertahankan tempat ibadah itu.

Perkara itu mendapat perhatian segera Imam Masjid Abdullah Quilliam, Adam Kelwick yang segera menasihatkan agar tidak melakukan apa-apa tindakan dan membenarkan protes secara aman.

“Semua bermula daripada media sosial. Selepas mengetahui kumpulan haluan kanan mahu serang masjid, terdapat belia komuniti Islam bawa senjata.

“Saya kata jangan, nanti mereka ambil video dan gambar serta tularkan dalam media sosial dan kata inilah ajaran Islam sebenarnya mengajar keganasan,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Majlis Muslim Britain (MCB), Zara Mohammad berkata, pihaknya terharu dengan soko­ngan pelbagai pihak termasuk bukan Islam yang bersolidariti untuk mempertahankan masjid daripada serangan kumpulan haluan kanan.

Ia susulan terdapat rakyat UK juga sama mempertahankan masjid daripada ancaman dengan memasang penghadang seperti dilapor BBC.

Sejak minggu lalu, kebencian terhadap umat Islam menjadi tajuk utama UK apabila penyebaran maklumat palsu yang di­sangkal sebelum ini, mencetuskan gelombang rusuhan golongan ekstremis sayap kanan.

Sehingga kini, kira-kira 400 orang ditangkap sepanjang seminggu rusuhan di sekitar UK, yang dicetuskan daripada maklumat palsu melibatkan pembunuhan tiga kanak-kanak di Southport.

Perkara sama juga berlaku di Bangladesh susulan rusuhan besar-besaran dan perletakan jawatan Sheikh Hasina sebagai Perdana Menteri, apabila media antarabangsa melaporkan kuil dan gereja serta komuniti bukan Islam di negara itu menjadi sasaran serangan perusuh.

Sebaliknya kumpulan pemim­pin pelajar selaku penggerak utama protes itu mengambil tindakan mempertahankan kuil dan gereja, ini tidak dilaporkan dalam media antarabangsa melainkan Al-Jazeera.

Terbaharu, tiga siri konsert Taylor Swift di Vienna, Austria dibatalkan dalam minggu ini kononnya selepas menerima ancaman pengganas kumpulan Negara Islam (IS) dan menyebabkan kemarahan dalam kalangan peminat setia artis antarabangsa itu yang mengaitkan dengan ia sebagai balas dendam ekoran konflik pepera­ngan di Gaza, Palestin.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd. Sukki Othman berkata, dua punca Islamophobia berlaku antaranya salam faham terhadap agama Islam yang mudah tersebar dalam media sosial.

Selain itu katanya, sikap umat Islam itu yang menunjukkan akhlak buruk sehingga menyebabkan defisit keyakinan dalam kalangan bukan Islam.

“Sedangkan ajaran Islam itu bermula daripada al-Quran dan hadis, ini perlu dijelaskan kepada orang ramai terhadap keindahan agama ini. Tetapi orang selalu lihat keperibadian orang Islam terlebih dahulu sebagai gambaran sebenar agama Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Justeru itu, katanya umat Islam perlu terbuka untuk berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam bagi memastikan kedua-dua pihak dapat memahami dan menerima antara satu sama lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini