Industri semi konduktor ganti Tesla - Utusan Malaysia

Industri semi konduktor ganti Tesla

Tesla
AMIRUDIN Shari menyaksikan modul aplikasi e-PTRS pada Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri bersedia dengan kemasukan pelabur dalam industri semi konduktor yang disifatkan sebagai pelaburan memberangsangkan sekiranya pengeluar kereta elektrik, Tesla menghadkan pelaburan mereka di Asia Tenggara termasuk negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, sehingga kini Tesla sudah pun menempatkan pusat pengecasan dan ibu pejabatnya di Cyberjaya, malah syarikat milik hartawan Elon Musk itu juga dilaporkan akan membuka pusat servis di kawasan sama.

“Saya difahamkan mereka hendak buka ibu pejabat dan membuka pusat-pusat pengecasan yang mana semua itu sudah ada, yang lain-lain berkenaan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkilangan saya harap mereka akan datang, tetapi akhirnya perkilangan mereka tak datang.

“Ibu pejabat, mereka sudah buka. Pusat servis mungkin mereka akan buka selepas ini sebab mereka hendak luaskan pasaran di Asia, jadi yang lain-lain itu kalau ada keperluan R&D kita alu-alukan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Tesla dilapor membatalkan hasrat untuk mengembangkan pelaburannya termasuk sektor perkilangan produknya di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menjelaskan, Tesla tidak pernah menyatakan hasrat membuka kilang di negara ini.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan sehingga hujung tahun ini, Selangor mempunyai pipeline kemasukan pelabur domestik dan luar negara yang mampu mencapai sasaran sehingga RM45 bilion.

“Sudah pasti berada dalam pipeline kita sebab bila kita ada FDI, bukan umum esok masuk. Ia akan melalui beberapa proses dan selepas pengumuman masuk pun ada beberapa proses sebelum dia landing untuk buat pembangunan dan sebagainya, itu biasa.

“Tetapi, apa yang ada dalam pipeline kita agak memberansangkan, kita yakin kita dapat capai minimum RM45 bilion pelaburan daripada domestik dan antarabangsa di negeri ini sebagai mana kita sasarkan pada tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN