KUALA LUMPUR: Agensi pelancongan umrah, In Saff Travel & Tour Sdn Bhd meletakkan sasaran untuk menerbangkan seramai 15,000 jemaah haji dan umrah menjelang akhir tahun ini.
Menurut seorang daripada lembaga pengarahnya, Mohd Fahmi Mohd Nawi, hasrat ini juga diyakini mampu dicapai menerusi inisiatif penganjuran pakej istimewa pelancongan dan umrah yang ditawarkan pada harga ‘super jimat’.
“Kami menyediakan pelbagai pakej yang disesuaikan untuk semua genap lapisan masyarakat yang berbeza status ekonomi. Jadi tiada lagi alasan untuk tidak tunaikan umrah kerana kami sediakan semua jenis pakej.
“Pakej paling murah dan laris ketika ini ialah pakej umrah bernilai RM4,970 untuk sembilan hari dan tujuh malam khusus buat semua bakal jemaah,”katanya.
Selain itu, Mohd Fahmi menambah, pihaknya juga tampil dengan usaha menganjurkan tawaran hadiah bernilai RM100,000 sempena sambutan ulang tahun In Saff Travel yang akan dijalankan pada tiga sesi berbeza.
“Kami lancarkan program khas ini sempena ulang tahun ke-10 untuk pelanggan bertuah yang mendaftar dan terbang bersama kami. Ini adalah kami pertama program seumpama ini dijalankan.
“Antara hadiah yang ditawarkan ialah tiga buah kereta Proton Saga, Motosikal, jongkong emas dan pakej menunaikan umrah. Cabutan pertama akan dilakukan pada Januari 2025 nanti.
“Semua ini dilakukan sebagai usaha kami menggalakkan dan membolehkan orang ramai menunaikan ibadah haji dan umrah bersama-sama kami,”katanya.
In Saff Travel & Tours Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1 Disember 2014 ini dan sehingga kini telah mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia kecuali di Sarawak dan Perlis.
Perkhidmatan ini telah diasaskan oleh empat orang lepasan pelajar Ummul Qura Universiti di Makkah Al Mukarramah iaitu Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni.










