Ibu MB Kedah meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu MB Kedah meninggal dunia

GAMBAR Meriam Ahmad (dua kanan) bersama suaminya, Md. Nor Taib yang dirakam ketika Muhammad Sanusi Md. Nor selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada 14 Ogos 2023 di Wisma Darul Aman. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ibu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Meriam Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir di  Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 9.40 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Helmi Khalid sebentar tadi.

“Bonda MB kita, Hajah Meriam Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir sekitar 9.40 pagi di HSB Alor Setar,” katanya di sini, hari ini.

Majlis pengebumian dijangka diadakan di Kampung Sungai Pau, Sik dekat sini selepas solat Asar nanti.

Allahyarhamah ditidurkan sejak kelmarin, selepas mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik. 

Ibu kepada 13 cahaya mata itu terlebih dahulu dibawa ke Hospital Sik untuk melakukan pemeriksaan awal sebelum doktor membuat keputusan untuk memindahkan dia ke HSB.

Terdahulu, Muhammad Sanusi memberitahu ibunya memang mengalami masalah jantung sejak berbelas tahun lalu dan berkemungkinan mengalami serangan jantung pada hari kejadian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN