Hubungan PDRM, RTP makin kukuh melalui penganjuran sukan

Hubungan PDRM, RTP makin kukuh melalui penganjuran sukan

RAZARUDDIN Husain menjulang Piala Rujirawongse bersama pasukan ragbi PDRM sambil diperhatikan Ab. Rauf Yusoh pada Majlis Makan Malam dan penyampaian hadiah di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse edisi ke-35 mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Thailand selain mengukuhkan kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan antara kedua-dua negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kejohanan yang mula diperkenalkan pada 1961 itu antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thai Police (RTP), wajar dimanfaatkan sebagai medan untuk saling bertukar pandangan serta mencari idea-idea baharu dalam mempersiap dan memperkuat barisan pertahanan negara masing-masing.

“Besar harapan saya agar hubungan baik antara kedua-dua buah agensi Penguatkuasa Undang-Undang di Asia Tenggara ini dapat dikekalkan dan berpanjangan. 

“Ini sekali gus dapat mengekalkan rantau ini sebagai zon selamat dan aman yang akan membawa impak positif kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial. 

“Saya percaya, kejohanan ini memainkan peranan yang signifikan dalam membantu para pemain ragbi terdiri daripada anggota polis untuk meningkatkan kemahiran dan kecerdasan diri dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada negara dan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berucap pada Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse edisi ke-35 antara PDRM dan RTP di sebuah hotel di Banda Hilir, malam tadi. Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Polis Leftenan Jeneral Kornchai Klayklueng mewakili Ketua Polis Thailand.

Skua ragbi PDRM beraksi cemerlang apabila menewaskan skuad Ragbi RTP untuk merangkul dua gelaran sekali gus pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hang Tuah petang semalam.

Skuad Sang Saka Biru diketuai Razarudin menjuarai kategori terbuka apabila menang 32-21 manakala bagi kategori veteran pula menang 26-0 ke atas RTP.

Kejayaan PDRM merangkul dua gelaran sekali gus menebus kekecewaan pada kejohanan yang sama berlangsung di Pattaya, Thailand Disember tahun lalu apabila tewas dalam kategori terbuka kepada RTP dengan keputusan 7-24.

Bagaimanapun skuad veteran PDRM tidak menghadapi masalah apabila menewaskan RTP 19-10.

Kejohanan tahunan itu yang mula diperkenalkan sejak 1961, adalah  ilham Ketua Polis Thailand ketika itu, Police General Praset Rujirawongse bersama Police Major Siri Suknanusart dan diteruskan sehingga ke hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN