‘Hidup mati kita dalam Malaysia’ - Utusan Malaysia

‘Hidup mati kita dalam Malaysia’

HAJIJI Noor (tiga dari kanan) bersama para penerima Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak seharusnya timbul kerana sudah 61 tahun negeri ini merdeka bersama Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menekankan setegas-tegasnya bahawa Sabah tidak mengiktiraf kumpulan waris Sultan Sulu serta tuntutan yang dibuat terhadap negeri ini.

“Kita dalam satu negara, ada isu yang masih lagi belum selesai. Di pihak sebelah sana (Filipina) masih lagi (menuntut). Kita sudah merdeka 61 tahun bersama Malaysia, apa lagi ceritanya? Hidup mati kita adalah dalam negara Malaysia,” katanya dalam majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Perdana Rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan tidak bertolak ansur soal kedaulatan negara dan kedudukan Sabah yang merupakan sebahagian daripada Malaysia.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang kepada 80 penerima  terdiri daripada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN