Tuntutan terbaharu kumpulan Sulu terhadap Sabah tiada asas

Tuntutan terbaharu kumpulan Sulu terhadap Sabah tiada asas

AZALINA Othman Said
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyifatkan tuntutan terbaharu yang cuba dibuat oleh kumpulan Sulu yang dikenali United Tausug Citizens (UTC) terhadap Sabah sebagai remeh dan tidak perlu dilayan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada Malaysia. berdasarkan fakta undang-undang dekolonisasi pada tahun 1963.

“Kesultanan Sulu tidak berfungsi selama beberapa dekad dan tidak diiktiraf oleh mana-mana negara berdaulat atau organisasi antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu katanya, tun­tutan UTC yang mendakwa sebagai ‘penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah adalah tidak berasas.

Beliau berkata, UTC meminta kerajaan Malaysia membuat pembayaran segera sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang didakwa sebagai ‘Cession Money’ atau Wang Penyerahan Wilayah dan juga mahu Malaysia mengiktiraf pertubuhan itu sebagai ‘kerajaan yang berdaulat dan merdeka’.

Kumpulan itu juga katanya, mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.

“Ini adalah percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia,” katanya.

Azalina menegaskan, Malaysia sebelum ini telah berjaya mengetepikan cubaan yang sama di seluruh Eropah oleh pewaris yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II berdasarkan tuntutan palsu yang dikeluarkan oleh penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa.

“Malaysia sedang giat me­lihat semua kemungkinan re­m­e­­di undang-undang terhadap sebarang tuntutan remeh demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingannya pada setiap masa.

“Malaysia tidak pernah mengiktiraf kesahihan tuntutan ke atas kedaulatan, wilayah dan sumber asli Sabah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN