GrabMy buka peluang kepada pemandu Grab kini tunai umrah

GrabMy buka peluang kepada pemandu Grab kini tunai umrah

Pemandu grab kini boleh menunaikan umrah melalui Mitra Kembara dengan kerjasama GrabMy.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para pemandu grab kini berpeluang mengerjakan umrah apabila GrabMY melalui Grab Finance menjalinkan kerjasama dengan sebuah agensi pelancongan terkemuka, Mitra Kembara.

Melalui kerjasama itu ia menyediakan laluan mudah kepada para pemandu bagi mencapai hasrat mereka untuk menunaikan umrah dengan pembiayaan inisiatif baharu iaitu Rakan Kongsi Grab (GRAB).

Menurut, Pengarah Urusannya, Dr. Fazil Khan Abdul Kadir, kerjasama tersebut adalah kali pertama ditawarkan dengan pakej serendah RM7,000 dan ke atas dan bayaran boleh dibuat secara ansuran.

“Mitra Kembara menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kerajaan, khususnya pelepasan Umrah, Ziarah dan Beyond. Kami menawarkan pelbagai pakej Umrah, Ziarah dan Beyond daripada pengurus pelancongan tempatan dan pembekal pelancongan yang dipercayai di seluruh Malaysia.

“Dengan produk kami yang mudah digunakan, anda boleh menempah perkhidmatan ini dengan mudah dari mana-mana alat peranti, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Pakej merangkumi semua termasuk hotel, penginapan, makan, bayaran masuk, pengangkutan, cukai, perkhidmatan panduan dan banyak lagi supaya anda boleh menikmati percutian tanpa kebimbangan tanpa kos tersembunyi,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Selain itu, tambah Dr. Fazil Khan, program menunaikan umrah itu turut bekerjasama dengan pihak lain termasuk pelancongan Saudi, Saudia Airlines, Grab dan Sedania menggabungkan segala kepakaran bagi menjamin yang terbaik untuk para jemaah.

Jelas Fazil Khan lagi, beberapa kemudahan lain turut diberi termasuk penterjemah bahasa tempatan dan asing dengan pengetahuan luas tentang destinasi.

“Mitra Kembara merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada 1976, dengan lebih 42 tahun pengalaman dalam industri pelancongan, Mitra Kembara cemerlang dalam semua aspek perjalanan dan pengaturan pelancongan.

“Perniagaan teras kami tertumpu pada Pengurusan Perjalanan Kerajaan dalam dan luar negara serta Perjalanan Umrah, memastikan kami menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami yang dihargai,” ujarnya.

Untuk penerbangan kali pertama, pemandu Grab yang berjaya menunaikan umrah adalah seramai 32 orang dengan penerbangan Saudia pada jam 6.30 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN