Gencatan senjata Gaza hanya ilusi sahaja - Hamas

Gencatan senjata Gaza hanya ilusi sahaja – Hamas

GENCATAN senjata adalah jalan terbaik dan kita perlu bersatu mendesak Israel supaya segera menamatkan pembunuhan etnik rakyat Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas kini dianggap sebagai ilusi semata-mata selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata beliau berasa optimis mengenai kemajuan perjanjian damai tersebut.

Seorang pegawai kanan Hamas memberitahu kepada BBC bahawa tiada kemajuan yang dicatatkan dalam rundingan yang disokong oleh AS di Qatar dan menyifatkannya sebagai ilusi sahaja.

Hamas menganggap sebarang perjanjian yang ditaja oleh AS hanya membuang masa sahaja berikutan konflik serantau yang dilihat semakin meningkat di rantau Asia Barat susulan pembunuhan dua tokoh berprofil tinggi iaitu Komander Kanan Pasukan Hezbollah, Fuad Shukr di Beirut dan bekas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran.

Kedua-dua pembunuhan tersebut dilakukan oleh Israel meskipun tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh negara tersebut mengenai isu itu.

Dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, AS, Qatar dan Mesir menyatakan bahawa mereka telah membentangkan kertas cadangan untuk gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan yang dapat mengurangkan jurang antara Israel dan juga Hamas.

Hamas difahamkan telah melepaskan tuntutannya untuk gencatan senjata yang ditaja oleh Amerika Syarikat di mana terma perjanjian tersebut diantaranya ialah menghentikan serangan selama enam hari yang boleh membawa kepada pengakhiran perang boleh disabotaj.

Cadangan perjanjian tersebut termasuk pengunduran kesemua tentera rejim Zionis dari Gaza, pertukaran tebusan antara tebusan Palestin dan Israel serta pengembalian mayat tebusan yang sudah meninggal dunia.

Pihak pengantara berkata bahawa perbincangan gencatan senjata selama dua hari lalu adalah sesuatu yang serius, membina dan dijalankan dalam suasana yang positif. 

Tentera Israel telah melancarkan kempen di Gaza bagi memusnahkan Hamas sebagai tindak balas atas serangan yang dilancarkan oleh kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober lalu, di mana sebanyak 1,200 orang terbunuh dan 251 dijadikan tebusan.

Sebanyak 40,000 warga Palestin yang telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak itu, demikian menurut Kementerian Kesihatan Gaza.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×