Gambar 'lepas menangis' Ira Kazar tarik perhatian

Gambar ‘lepas menangis’ Ira Kazar tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengejutkan ramai berhubung isu perceraian, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Ira Kazar kembali menjadi perhatian ramai apabila berkongsi gambar seperti baru lepas menangis.

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, kelihatan matanya agak sedikit kemerahan melalui perkongsian di Story Instagram miliknya.

Selain itu, Ira yang kelihatan berada di dalam kereta meletakkan emoji berbentuk hati pada hantaran yang sama.

Sebelum ini, peguam syarie, Azmi Mohd Rais mengesahkan bahawa Syamsul sudah menfailkan penceraian terhadap isterinya di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Tiada persefahaman didakwa menjadi sebab utama tindakan itu dilakukan.

Terdahulu, timbul desas desus kononnya hubungan pasangan ini sudah menjadi dingin, namun tiada yang membuka mulut untuk memberi pengesahan.

Tidak hanya itu, muncul juga spekulasi mengatakan anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sudah berbadan dua.

Januari lalu, Syamsul memuat naik sebuah video di Instagram memaklumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Selatan Thailand.

Susulan itu, isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah memfailkan perceraian dan berpisah pada 14 Jun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×