IPOH: Polis belum menerima laporan berhubung insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di sebuah kedai makan di sini, seperti mana tular dalam media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat mana-mana individu setakat ini. “Insiden itu memang berlaku dan telah dileraikan oleh anggota polis yang dalam tugasan ronda. “Difahamkan, punca pergaduhan itu kerana pekerja tersilap hantar makanan…










