PETALING JAYA: Seorang gadis kelainan upaya (OKU) pendengaran meraih keuntungan dengan menjual kandungan tidak senonoh di platform media sosial serendah RM50.
Pelanggan akan mendapat gambar beserta video jelik membabitkan gadis berusia 24 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah.
Seorang pengguna X, IbuPeri berkata, dia mempersoal aktiviti gadis OKU pendengaran itu dan berharap akaun media sosial gadis itu disekat.
“Dah bisu pun menjual kandungan lucah, siap ada grup Telegram lagi. Harap orang ramai laporkan akaun sosial medianya dan hentikan aktiviti persundalan dalam platform ini,” ciapnya.
Susulan komen tersebut, gadis OKU itu mendakwa tidak berpuas hati dan akan buat laporan polis kerana mendakwa dia dimalukan dan dipersenda di media sosial X.
“Aku akan buat report (laporan) polis dan aku lapor akaun X kau,” balasnya kepada IbuPeri.
Bagaimanapun, banyak juga komen warganet yang majoritinya berasa kasihan dan kesal dengan aktiviti persundalan gadis tersebut dan mengatakan ia cara mengemis wang yang paling tidak bermoral.
“Kita faham dia memerlukan wang untuk menyara kehidupan harian. Dengan kekurangan yang ada, sepatutnya dia sedar ramai yang sudi memberi bantuan, tetapi bukan ini caranya,” kata seorang warganet. – UTUSAN







