PETALING JAYA: Sebuah syarikat kosmetik memfailkan saman terhadap seorang bekas ejennya ekoran dakwaan memfitnah syarikat berkenaan menerusi platform media sosial, April lalu. Peguam Datuk Adnan Seman berkata, anak guamnya memfailkan saman tersebut pada 24 Jun 2024 dan mahkamah menetapkan 20 Ogos ini sebagai tarikh pengurusan kes. “Saman adalah berkaitan penerbitan kenyataan defendan iaitu pada 18 April 2024 di Facebook. Ia berkaitan penjualan produk-produk keluaran sebuah syarikat yang didakwa menganiayanya. “Dalam hantaran itu plaintif mendakwa telah dianiaya apabila ibu pejabat menjual (produk) pada harga lebih rendah berbanding harga runcit,” katanya. Sementara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya