KUALA LUMPUR: Seramai 2,488 pegawai dan anggota polis ditugaskan semasa perlawanan akhir Piala FA 2024 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya akan memastikan kelancaran lalu lintas dan mengelakkan sebarang kekecohan. “Kita menjangkakan kehadiran seramai 85,000 penyokong untuk kedua-dua pasukan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur, di…










