IPOH: Gara-gara pecah masuk sebuah rumah dan mencuri barangan termasuk periuk dan sudip, dua lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhamad Faizal Muhamat Darus, 45, dan Mohd. Ismail Mohd. Abdul Aziz, 41, mengaku bersalah bagi pertuduhan berkenaan. Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri wayar, periuk, tiga sudip masak dan dua…