PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil tiga individu sebuah portal berita bagi membantu siasatan berhubung laporan mereka mengenai dakwaan akan berlaku rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi PDRM. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan ketiga-tiga individu yang menulis berita tersebut akan diambil kira-kira pukul 2.30 petang esok. Menurut beliau, keterangan mereka akan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. “Keterangan ketiga-tiga individu…










