PETALING JAYA: Orang ramai boleh menarik nafas lega berikutan cuaca panas kian beralih kepada cuaca lembap dengan jangkaan peningkatan taburan hujan di beberapa negeri dalam tempoh seminggu akan datang. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, pihaknya menjangkakan hujan dan ribut petir boleh berlaku pada awal petang hingga malam melibatkan beberapa negeri. Katanya, keadaan cuaca lembap berlaku terutama bagi negeri-negeri di Pantai Barat (Perak, Selangor…