Creator of The Year milik Che Sayang Kitchen - Utusan Malaysia

Creator of The Year milik Che Sayang Kitchen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Qayyum Halid, mencipta kejutan setelah diangkat sebagai Creator of The Year pada anugerah TikTok 2025 yang berlangsung malam tadi di PWTC.

Qayyum yang popular menerusi akaun TikTok, Che Sayang Kitchen mengenepikan pencabarnya, Sofyank, Sofeashra, Ryan Bakery, Shi Qi dan Nureddy Nursal.

Kemenangan tersebut melayakkannya membawa pulang trofi dan telefon bimbit jenama Honor.

Qayyum yang ditemui selepas anugerah tersebut memaklumkan

“Saya sebak sebab betul kata orang, kalau kita kerja keras, mimpi boleh jadi kenyataan.

“Pencalonan sangat hebat, masa diumumkan menang, saya terpinga-pinga sebab tak sangka. Kemenangan ini sesuatu yang mustahil sebab pencipta kandungan yang lain tak kurang hebat,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Bella Astillah menepati ramalan apabila mengungguli kategori Celebrity of The Year, sekali gus memenangi trofi berserta telefon bimbit jenama Honor.

“Saya buat TikTok pada 2018, sampai hari ini saya bangga apabila TikTok berkembangan dengan kepelbagaian kandungannya.

”Saya tak sangka saya menang, ini pun atas undian peminat. Terima kasih kepada followers dan peminat yang sokong.

“Rasanya ramai yang tertarik dengan video saya mempersembahkan tarian Sabah dan Sarawak. Kandungan itu mungkin disukai pengikut saya di TikTok,” ujarnya.

Anugerah tersebut yang diadakan di PWTC diserikan dengan persembahan artis terkemuka antaranya Aina Abdul, Amir Jahari, Zubir Khan, Wani Kayrie, Yonni Boii, Sarah Suhairi, dan ramai lagi.

Kemenangan bagi setiap kategori diadili barisan juri profesional yang dianggotai Khairul Aming, Angga Anugrah Putra dan Ni ni Yusof selaku juri.

Penganjuran kedua malam tadi turut dimeriahkan dengan telatah pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim dan Janna Nick selaku hos.

SENARAI PEMENANG:

TikTok Live Creator of The Year : Asraf Jaafar

Creator of The Year : Qayyum Halil

Celebrity of The Year : Bella Astillah

Food Creator of The Year : Tan Guo Shop

TikTok Shop of The Year : Yang

Education of the year : Muhammad Amin Othman dan Muhammad Abid Othman

Gamers of the year : Muhammad Shafiq

Beauty & Fashion of The Year : Aishah Rahim

Sports Creator of The Year : AmarAnas

Change Maker of The Year (pertama kali diperkenalkan) : Lokohopunohgroup dan Nur Izhar Idham

Video of The Year : Muhammad Affizy Mohd Khairy Rajan

Entertainment Creator of The Year : Rahman Chea, Mohamad Norkana

Animation of The Year : Raymon Wong

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×