Belum tiba masa sertai Kabinet – Aminuddin

Belum tiba masa sertai Kabinet – Aminuddin

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban semalam. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan tidak berhasrat untuk menyertai Kabinet, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menafikan ura-ura beliau akan dilantik sebagai menteri.

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memberitahu tidak mempunyai hasrat untuk mengisi jawatan menteri Kabinet ketika ini.

“Belum tiba masanya lagi, tidak tahulah kalau ada, kalau tiada, tidak mengapa. Ini saya yakin daripada dulu, ini semua berita nakal.

“Saya tidak pernah dipanggil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, biasalah lama tidak mendengar isu politik,” katanya kepada pembe­rita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini semalam.

Perdana Menteri baru-baru ini menafikan akan melakukan rombakan Kabinet membabitkan Jemaah Menteri dalam masa terdekat termasuk seorang Menteri Besar turut akan dilantik memegang jawatan Menteri dalam rombakan yang didakwa itu.

Aminuddin dalam pada itu memberitahu, prestasi menteri sedia ada ketika ini juga dilihat baik dan merasakan barisan Kabinet itu tidak perlu dirombak.

“Saya yakin prestasi ekonomi yang sedang baik, prestasi menteri-menteri agak meningkat naik. Dalam setahun ini adalah nampak kelemahan namun pada masa sama nampak juga peningkatan yang begitu membanggakan.

“Daripada segi ekonomi, ringgit, begitu juga dari segi eksport yang memberi petanda amat baik dan menyakinkan buat para pelabur luar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN