Ayu Raudhah selamat lahirkan anak ketujuh - Utusan Malaysia

Ayu Raudhah selamat lahirkan anak ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ayu Raudhah, 39, selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di
Hospital Pakar KPJ Seremban pada pukul 12.57 tengah hari, semalam.

Khabar gembira itu dimaklumkan suaminya, Zaquan Adha Abdul Radzak yang memberitahu telah menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram (kg).

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengah hari pada 2 Ogos 2024.

“Selamat datang ke dunia, anak lelaki saya,” katanya yang berkongsi khabar indah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Zaquan turut meluahkan rasa syukur dan memaklumkan isterinya berada dalam keadaan baik serta sedang berehat di hospital.

Zaquan juga memberitahu, dia akan menguruskan sendiri urusan membersihkan dan menanam uri bayi di kediaman mereka.

“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okay. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.

“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” katanya.

Untuk rekod, Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga bersama bekas kapten Harimau Malaya itu pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann,10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN