APM pasang alat mudah alih kesan pergerakan air sungai - Utusan Malaysia

APM pasang alat mudah alih kesan pergerakan air sungai

ANGGOTA bomba dan APM membawa keluar mangsa yang terperangkap di tapak perkhemahan Risda Eco-Park, Kampung Ulu Slim, Slim River hari ini berikutan kejadian kepala air semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muallim memasang produk inovasi dikenali ‘Public Alert Mobile Rescue System’ (PAMReS) bagi mengesan pergerakan air Sungai Geliting dekat Risda Eko-Park, Kampung Ulu Slim, Slim River berikutan kejadian kepala air semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, alat dipasang di sini pukul 3 petang tadi dapat membantu pihak APM dan juga agensi lain melakukan persiapan awal atau segera sekiranya berlaku perubahan arus sungai luar jangka.

“Alat ini disokong tenaga solar dan bateri yang mampu bertahan selama 72 jam bagi memudahkan pihak APM memantau keadaan sungai dan kawasan banjir.

“Selain itu, ia mampu mengenalpasti dengan segera sekiranya air mulai naik di sungai berkenaan pada pada awal pagi tadi. Setakat ini, alat tersebut berfungsi dengan impak tinggi,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, idea untuk menghasilkan alatan canggih itu kerana pihaknya lewat menerima makluman sesuatu kejadian atau bencana.

“Alat itu juga digunakan oleh pihak APM jika membabitkan tugasan atau operasi di hutan serta latihan yang dijalankan pihak APM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×