PETALING JAYA: Ketiadaan Naib Juara Bintang RTM 2009, Jo-anna Sue Henley Rampas dalam arena politik Sabah terjawab selepas beliau memberitahu sudah meletakkan kesemua jawatan dalam Parti Warisan (Warisan) sejak tahun lalu. Bekas Timbalan Ketua Wirawati Warisan itu berkata, alasannya tidak terlibat dalam aktiviti politik kerana mahu memberi tumpuan menyambung pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD). Bagaimanapun, Jo-anna dalam satu kenyataan terbaharu tidak menjelaskan status kesetiaan dan keahliannya dalam parti pimpinan…










