Amerika Syarikat nafi jadi dalang guling Sheikh Hasina

Amerika Syarikat nafi jadi dalang guling Sheikh Hasina

KUMPULAN pelajar mengadakan rusuhan sehingga Sheikh meletakkan jawatan dan melarikan diri ke luar negara.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menafikan mempunyai peranan dalam menggulingkan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, yang meletak jawatan sebelum melarikan diri dari negara itu.

Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre menegaskan, dakwaan campur tangan AS dalam kemelut di Bangladesh adalah palsu.

“Kami percaya rakyat Bangladesh yang harus menentukan masa depan kerajaan dan itulah pendirian kami,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Sebuah laporan dalam akhbar Economic Times di India memetik Hasina yang menuduh AS memainkan peranan dalam menggulingkannya kerana mahu menguasai Pulau Saint Martin di Teluk Bengal.

Akhbar itu berkata, Hasina menyampaikan mesej tersebut kepadanya melalui rakan rapat.

Anak lelaki Hasina, Sajeeb Wazed dalam hantaran di X pada Ahad lalu berkata, ibunya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

Kerajaan sementara di Bangladesh, diketuai pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus, mengangkat sumpah pada Khamis lepas dengan tujuan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu.

Bangladesh dilanda demonstrasi dan keganasan selepas protes pelajar bulan lalu terhadap sistem kuota sektor awam bertukar menjadi kempen untuk menggulingkan Hasina.

Hasina memenangi penggal keempat berturut-turut pada Januari dalam pilihan raya yang diboikot pembangkang serta didakwa Jabatan Negara AS sebagai tidak bebas dan adil.

Beliau melarikan diri ke New Delhi selepas meninggalkan Bangladesh, mengakhiri pemerintahan selama 15 tahun di negara itu.- REUTERS

PIX: 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×