AKKP bukan bersifat menghukum

AKKP bukan bersifat menghukum

STEVEN Sim Chee Keong (tiga dari kanan) ketika hadir pada pelancaran Program NIOSH dan Majlis Penyerahan Pensijilan ISO di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) (Pindaan) 2022 yang mula dikuatkuasa pada 1 Jun lalu lebih kepada bersifat untuk mendidik dan bukan menghukum semata-mata.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, akta terbabit berperanan bagi memastikan tahap keselamatan sekali gus mengelakkan risiko kemalangan di tempat kerja di seluruh negara.

“Sebelum kita nak hukum siapa-siapa, kita nak pastikan syarikat dan tempat-tempat kerja ini disahkan selamat.

“Ada juga majikan yang khuatir dengan pelaksanaan akta ini yang dikatakan membebankan memandangkan terdapat peningkatan penalti daripada RM50,000 kepada RM500,000.

“Saya nak tegaskan sekali lagi bahawa, fokus kita bukan untuk menghukum dan mendenda sebaliknya fokus kita untuk memastikan keselamatan di tempat pekerjaan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Majlis Penyerahan Pensijilan ISO di sini, hari ini.

Tambah Steven, perkhidmatan Analisis Penambahbaikan Tempat Kerja (WINA) ini merupakan langkah pertama yang boleh diambil majikan untuk mematuhi perundangan berkaitan akta terbabit.

Katanya, ia meliputi khidmat nasihat percuma kepada majikan selain penilaian sama ada tempat pekerjaan sedia ada mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jadi, kalau ada kelompongan, kita akan beri nasihat dan cadangan yang bersesuaian. Saya juga ingin minta para majikan yang mempunyai sebarang isu mahupun kemusykilan berkaitan pindaan terbaharu ini boleh datang untuk berbincang dengan kita atau NIOSH,” katanya.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) (Pindaan) 2022 sebelum ini diluluskan oleh Parlimen pada 16 Mac 2022.

Penguatkuasaan akta berkenaan mewajibkan majikan menganalisis risiko di tempat kerja dan melantik penyelaras keselamatan kesihatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×