Afham Nidza abang dan anak yang baik - Adik - Utusan Malaysia

Afham Nidza abang dan anak yang baik – Adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Terima kasih jaga aku dengan baik.”

Demikian luahan adik Allahyarham Afham Nidza, Afrinahanie mengenai abangnya di Instagram.

Afrihanie menyifatkan arwah abang yang baik dan banyak berjasa kepada keluarga.

“Kau baik Am (Ahfam), dengan sesiapa pun. Abang dan anak yang baik.

“Aku akan ingat sampai bila-bila semua jasa kau pada aku, yang kita sahaja tahu dan kita selesaikan sama-sama.

“Minta maaf sangat kalau aku liat nak dengar nasihat kau, minta maaf kalau asyik susahkan kau.

“Aku rindu kau Am, tenanglah dekat sana (akhirat). Semua doa yang baik-baik untuk kau,” kongsinya.

Ahfam Nidza kelmarin dilaporkan hilang selepas keluar bersenam di stadium Klang.

Kehilangannya terjawab menerusi penemuan mayat di Sungai Klang, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×