911 'gegar' Malaysia Oktober ini - Utusan Malaysia

911 ‘gegar’ Malaysia Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan ikonik era 90-an, 911, bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert istimewa yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu Oktober ini.

Penganjur, Deromp Marketing, dalam kenyataan memaklumkan konsert tersebut adalah simbolik kepada pembabitan tiga dekad kumpulan itu di pentas hiburan antarabangsa.

“911 akan membawa peminat mengimbau memori menerusi rangkaian lagu-lagu klasik mereka seperti Bodyshakin, I Do dan All I Want Is You.

“Konsert istimewa ini akan diadakan di Hakka Hall, Kota Kinabalu pada 1 Oktober depan manakala di Zepp Kuala Lumpur  pada 3 Oktober pula.

“911 menjanjikan persembahan nostalgia sempena sambutan tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia hiburan antarabangsa,” kata penganjur.

Kumpulan yang dianggotai Lee Brennan, Jimmy Constable dan Simon Dawbarn itu mencipta populariti pada tahun 1991. Kemayshuran yang diperolehi turut membuatkan kumpulan pop British itu dikenali di serata Asia.

Tiket 911 Live In Malaysia 2024 telah mula dijual pada 11 Ogos lepas.

Peminat boleh mendapatkan tiket untuk konsert di Kota Kinabalu yang dijual pada harga antara 280 hingga 650 (VIP), dan di Kuala Lumpur yang dijual pada harga antara RM350 hingga RM800 (VIP) menerusi laman sesawang 911.qtic.my.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×