JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan 64 warga asing dalam operasi di bandar raya ini, Mersing dan Batu Pahat, sejak Ahad hingga Selasa lalu. Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd. Rusdi Darus berkata, operasi penguatkuasaan itu dibuat susulan aduan dan maklumat awam yang menyatakan terdapat sejumlah warga asing yang bekerja tanpa pas atau dokumen yang sah di negara ini. Katanya, serbuan yang dilakukan di tiga daerah itu berjaya…










