Filem ‘adiwira’ yang dinanti - Utusan Malaysia

Filem ‘adiwira’ yang dinanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

2026 adalah tahun yang mengujakan bagi filem adiwira apabila lima ‘superhero’ bakal diangkat untuk menyelamatkan dunia. Dari Spiderman, kepada Supergirl sehinggalah Avenger: Doomsday, filem-filem ini bakal memecah panggung. Berikut empat filem adiwira paling dinantikan di panggung anda.

AVENGERS: DOOMSDAY

Filem ini merupakan naskhah yang paling dinantikan sepanjang 2026. Selepas tiga sedutan ditayangkan, filem ini juga menjadi karya adiwira paling misteri jika dibandingkan dengan filem yang lain.Ceritanya tidak diketahui, selain Robert Downey Jr. kembali sebagai ketua antagonis, Doctor Doom.
Beberapa nama sudah memberi persetujuan selaku pelakon utama Avenger: Doomsday, termasuk karakter utama dalam filem X-men.Tidak dapat dipastikan pelakon mana yang bakal menggegarkan, seperkara yang sahih adalah jalan cerita yang menuju ke Avenger: Secret Wars pada tahun 2027.

SUPERGIRL

Penampilan pertama Milly Alcock sebagai Kara Zor-El adalah pada penghujung filem Superman tahun 2025. Filem berkenaan diadaptasi daripada komik Supergirl: Women of Tomorrow, mengisahkan tentang pengembaraan Kara bersama anjingnya merentasi galaksi. Filem ini juga bakal menampilkan Eve Ridley sebagai Ruthye selain Jason Mamoa (Lobo).

SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY

Kehidupan Peter Parker (lakonan Tom Holland) berubah secara drastik apabila membuat kemunculan dalam Spider-Man: No Way Out. Identitinya selamat. Namun memori tentang dia telah dipadam. Dia terpaksa memulakan kehidupan baru tanpa sebarang sumber sebagai Tony Stark Protege.
Spider-Man: Brand New Day bakal menyaksikan kemunculan pelakon-pelakon yang mencipta sejarah. Ini termasuk Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner atau Hulk dan Jon Bernthal sebagai The Punisher, Zendaya (MJ Jones Watson) serta Jacob Batalon (Ned Leeds).

MASTER OF THE UNIVERSE

Pertama kali ditayangkan pada 1982, filem ini membawa perubahan yang nyata. Seperti Star Wars, ia adalah naskah yang menggabungkan fantasi, mitos dan fiksyen sains.
Master of The Universe pernah dihasilkan dalam siri animasi pada 1983. Ia diadaptasi watak permainan popular, dihasilkan dengan suntikan adiwira dengan Putera Adam menyembunyikan watak He-man sebenar. Filem ini dirombak berkali-kali sepanjang lima dekad lalu. Satu daripadanya naskah yang dihasilkan pada 1987 yang gagal di panggung. Justeru, harapan tinggi diletakkan buat filem ini, tahun ini. Master of Universe dibintangi Nicholas Galitzine sebagai Putera Adam of Ethernia dengan Camila mendes (Teela), Idris Elba (Duncan) dan ramai lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN