Pernikahan berbeza agama adalah perkara yang dilarang keras dalam Islam. Namun, di Indonesia, ia dianggap biasa. Malah, selebriti bebas membuat pilihan terhadap pasangan yang mereka kahwini. Demikian lima selebriti Indonesia yang berkahwin tetapi mengamalkan agama masing-masing.

NADINE CHANDRAWINATA DAN DIMAS ANGGARA
Sepanjang tempoh perkahwinan, Nadine Chandrawinata dan Dimas Anggara pada awalnya mendapat tentangan orang tua kerana berkahwin berbeza agama, kristian dan Islam.
Namun, kedua pasangan itu meneruskan kehidupan biasa tanpa memaksa satu sama lain untuk memeluk Islam.
Kini, rumah tangga Nadine dan Dimas dikurniakan dua anak perempuan yang diajar untuk meraikan berbilang agama dan kepercayaan.

FRANS MOHEDE DAN AMARA
Satu lagi pasangan yang terusan bercinta meskipun berlainan agama adalah Frans Mohede dan Amara. 26 tahun usia pernikahan mereka, Frans mengakui tidak berminat memujuk Amara berpindah agama Islam.

RIO FEBIAN DAN SABRIA KONO
Rio Febrian dan Sabria Kono melangsungkan pernikahan pada 3 Februari 2010 di Bangkok Thailand. Sehingga hari ini kedua pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jamaica Fosteriano dan Kalampati Sinarra Febrian.
Sepanjang pernikahan, isu agama tidak menjadi masalah besar. Rio membesarkan anak-anak mengikut ajaran berbeza dan merayakan satu sama lain.

SARAH SECHAN DAN NEIL FURUNO
Sarah Sechan dan Neil Furuno dipertemukan dan berkahwin pada 2015, empat tahun selepas percintaan sarah dengan bekas suaminya, Emir Hakim.
Pasangan ini melangsungkan majlis pernikahan di Los Angeles . Sarah dan Neil agama berbeza, namun tetap mencari titik persamaan dalam mendidik anak mereka.

AUDI MARISSA DAN ANTHONY XIE
Pasangan ini tidak pernah menyembunyikan status agama mereka, malah pelakon, Audi Marissa dan Anthony Xie tetap menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga meskipun berbeza kepercayaan. Namun Audi dikatakan sebelum ini sempat berpindah kepada agama suaminya iaitu Kristian, sebelum kembali memeluk Islam tahun lalu selepas beberapa tahun berpindah agama.









