Warga emas hilang, polis mohon orang ramai salur maklumat

Warga emas hilang, polis mohon orang ramai salur maklumat berkaitan

hilang
POSTER kehilangan Rohani Babu kini ditularkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengesan warga emas itu yang hilang sejak sebulan yang lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang wanita warga emas, Rohani Babu, 63, dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Lembah Ria, Ayer Itam, di sini, sejak 9 Jun lalu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, polis meminta bantuan dan kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kehilangan wanita itu supaya menyalurkannya kepada polis.

Katanya, usaha mengesan Rohani telah dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa sejak hampir sebulan lalu.

“Mengikut laporan polis yang dibuat ahli keluarganya, dia (Rohani) tinggal berseorangan di kediamannya serta mempunyai masalah hilang ingatan, sakit sawan dan pertuturan tidak jelas.

“Dia didapati tiada di rumah dan gagal dikesan. Pihak polis telah menjalankan pelbagai usaha untuk mencarinya, namun, sehingga hari ini, wanita tersebut masih gagal menemuinya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Razlam, Rohani mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal di Seberang Perai dan bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan.

“Anak lelaki wanita ini juga telah melakukan pelbagai usaha mengesan ibunya namun masih gagal menemui wanita tersebut,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung Rohani agar menyalurkan maklumat berkenaan agar menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Zolkefli Mohd Nor di talian 013-5951192 atau Balai Polis Bandar Baru 04-2824522.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN