Wanita cedera jatuh Gunung Korbu selamat dibawa turun - Utusan Malaysia

Wanita cedera jatuh Gunung Korbu selamat dibawa turun

WANITA yang cedera selepas terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni puncak Gunung Korbu di Ipoh semalam berjaya dibawa awal pagi ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang wanita yang cedera selepas terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni puncak Gunung Korbu di sini semalam, berjaya dibawa turun kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa berusia 35 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada petugas kesihatan untuk menerima rawatan lanjut.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang menyertai 35 pendaki lain tergelincir semasa melintas dengan memeluk balak yang tumbang di tebing sungai, menyebabkannya terjatuh ke dalam gaung dengan anggaran ketinggian 10 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.29 petang, semalam.

Katanya, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun diketuai Ketua Balai, Mohd. Jamalludin Mat Yusop diatur gerak ke lokasi kejadian.

“”Operasi membawa turun mangsa berdepan kesukaran kerana keadaan yang gelap, melalui lereng bukit dan perlu menempuh anak sungai selain keadaan jalan yang licin ekoran hujan.

“Jarak lokasi mangsa berada dengan Pusat Kawalan Bomba (PKB) adalah sejauh tujuh kilometer. Selain anggota bomba, operasi turut dibantu 14 malim gunung Perhutanan Negeri Perak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini