KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memaklumkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan enam bekas ahlinya kekal sebagai wakil rakyat dan tidak berlaku kekosongan kerusi Parlimen. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu perkara itu menerusi surat yang dinyatakan Johari bertarikh 9 Julai 2024. Sehubungan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memaklumkan bahawa partinya memutuskan mengambil langkah susulan melantik pakar-pakar perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya…