KUALA LUMPUR: Jurusan kemahiran adalah pilihan terbaik buat lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.0. Pakar Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Salleh Amat berkata, selain dapat memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran kerja, jurusan berkenaan juga menjamin purata gaji yang tinggi sehingga RM5,000 sebaik sahaja tamat pengajian. Dalam hal ini, katanya, pelajar STPM yang mendapat PNGK 2.0 tidak…