Stoking kalimah ‘Allah’: Pengasas KK Supermart, empat lain dibebaskan

Stoking kalimah ‘Allah’: Pengasas KK Supermart, empat lain dibebaskan

Kalimah Allah
CHAI Kee Kan dan Loh Siew Mui ketika hadir ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini memutuskan untuk membebas dan melepaskan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. dan isterinya daripada pertuduhan berkaitan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Muhamad Anas Mahadzir selepas pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap Datuk Seri Chai Kee Kan, 57 dan Datin Seri Loh Siew Mui, 53.

Malah, turut diberikan perintah sama adalah tiga pengarah syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang merupakan tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Pihak pembelaan terdiri daripada Peguam Datuk Rajpal Singh, Datuk David Gurupatham, Datuk RS Sodhi dan Datuk Theng Book yang mewakili Chai Kee, dan Siew Mui, 53, serta Lau Yi Leong mewakili syarikat berkenaan tidak membantah.

Bagaimanapun, syarikat masing-masing yang diwakili mereka turut dituduh dalam prosiding tersebut dikenakan denda RM60,000 atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung stoking tertera kalimah Allah.

Muhamad Anas memutuskan demikian hukuman selepas pengurus besar KK Mart, Tee Kok Hiem, 61, dan pengarah syarikat pembekal itu, Hui San, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka.

Mahkamah turut memerintahkan supaya denda itu dibayar dalam tempoh tiga hari.

Muhamad Anas dalam penghakimannya menegaskan agar syarikat-syarikat tersebut lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat muslim.

“Saya tidak mahu berdakwah namun mana-mana agama kalau disentuh melibatkan isu sedemikian akan menimbulkan perasaan yang lebih peka. Justeru, saya berharap KK Mart dan Xian Jian mengambil iktibar dan lebih bertanggungjawab serta memperketatkan kawalan kualiti masing-masing,” katanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd. Daud, Khairul Azreem Mamat, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Mohd. Izhar.

Untuk rekod, representasi tersebut telah dihantar pada 17 Mei lalu oleh pihak pembelaan sebelum diterima AGC pada 26 Mei lalu.

Kee Kan dan Siew Mui selaku pengarah KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. dituduh dua pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd, Bandar Sunway pada 6.30 pagi, 13 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Sementara, kesemua pengarah Xin Jian Chang Sdn. Bhd itu pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan berkenaan di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 109 KK dibaca bersama Seksyen 298 KK yang memperuntukkan hukuman sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN