HULU TERENGGANU: Seramai 75 anggota dan pegawai polis menyertai simulasi serangan balai polis di Balai Polis Kuala Berang di sini, hari ini. Dalam simulasi selama dua jam bermula pukul 9 pagi melibatkan kejadian balai polis tersebut diceroboh dan diserang kumpulan pengganas. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, simulasi tersebut bagi memberi pendedahan serta sebagai kesiapsiagaan sekiranya berlaku kejadian balai polis diserang. Beliau berkata, simulasi…