KEBETULAN berpeluang berbual dengan beberapa rakan industri hiburan baru-baru ini, maka terkeluarlah satu cerita mengenai sikap buruk seorang penyanyi wanita ini yang sehingga kini, sudah menjadi tabiat sebati dengan dirinya. Hendak dijadikan cerita, Cik Bunga tertanya dengan seorang rakan industri tentang perkhabaran seorang penyanyi wanita ini. Maklum sahajalah, dia pun pukul canang kepada semua orang bahawa dia sedang diuji dengan penyakit kanser. Jadi, tentulah kita pun prihatin, mahu tahu khabar…










