PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan semakan kehakiman dua penggubal undang-undang untuk mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung penggantungan Parlimen semasa tempoh darurat, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi. Kedua-dua wakil rakyat itu ialah Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari yang juga pakar perundangan. Perkara itu ditentukan setelah panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim…










