Sebarkan fakta untuk selamatkan rakyat dari pembodohan - Rafizi

Sebarkan fakta untuk selamatkan rakyat dari pembodohan – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kita tidak boleh meyakinkan walaun dengan data dan fakta, tetapi kita boleh sebarkan fakta ini untuk menyelamatkan rakyat dari pembodohan”.

Demikian respons Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli terhadap artikel yang diterbitkan oleh portal Harakah Daily yang bertajuk ‘Ringgit turun, saham turun, pelabur lari…’

Menurut beliau, sumber daripada portal berita yang merupakan lidah rasmi kepada Pas itu tidak benar.

“Prestasi ringgit adalah kedua terbaik di Asia dan dijangka akan terus mengukuh menjelang akhir tahun ini. Hari ini, 17 Julai ringgit mengukuh kepada 4.6652 berbanding 4.7931 pada 18 April.

“Indeks Komposit iaitu indeks saham syarikat terbesar terus naik sejak setahun lalu kepada 1,633 mata, iaitu peningkatan 21.09 peratus dalam setahun.

“Indeks Emas iaitu indeks saham syarikat modal pertengahan terus naik dan kini mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun. Indeks Emas (pula) mencecah 12,678 mata iaitu peningkatan 26.32 peratus dalam setahun,” jelasnya dalam sebuah klip video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, hari ini.

Harakah Daily memetik soalan daripada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid di Dewan Rakyat yang mengkritik jawapan diberikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Fuziah Salleh dalam isu kos sara hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN