PETALING JAYA: Mufti Kerajaan Negeri Sabah menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan untuk mentakrif Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan Manhaj akidah al-Asyairah dan Al-Maturidiyah. Ini kerana, ia mampu memperkukuhkan asas Islam sedia ada malah berupaya mengekang ekstremisme dan radikalisme agama pada masa ini. Dalam kenyataannya, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, beliau bersetuju dengan pendefinisian itu kerana ia selaras dengan pendekatan Jumhur Ulama Muktabar sedunia.…