KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) disaran meneroka program baharu bagi meningkatkan pendapatan golongan pekebun kecil dan tidak lagi hanya bergantung kepada komoditi itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, langkah baharu tersebut perlu diteroka RISDA bagi membawa pembaharuan kepada pekebun getah dan menambah pendapatan. “Harga getah turun naik serta mengikut permintaan pasaran antarabangsa, kita menghadapi persaingan dengan getah tiruan atau getah sintetik. …