DHAKA: Kemudahan internet beransur pulih di Bangladesh bermula hari ini, selepas beberapa hari terjejas akibat protes ganas berhubung bantahan kuota penjawat awam yang meragut 173 nyawa. Menteri Telekomunikasi dan ICT, Zunaid Ahmad Palak berkata, pemulihan itu melibatkan sektor penting seperti perbankan, komersial, teknologi, eksport dan media, lapor Daily Star. “Buat masa ini, media sosial masih belum boleh digunakan. Perkhidmatan internet di seluruh negara akan pulih secara beransur-ansur,” katanya pada satu…