Raih Anugerah Ikon ibu tunggal, pemilihan Puteri Sarah dipertikai - Utusan Malaysia

Raih Anugerah Ikon ibu tunggal, pemilihan Puteri Sarah dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meraih trofi Ikon Ibu Tunggal sempena Malam Anugerah Mommyhana, pelakon, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila dianggap tidak layak menerima gelaran tersebut.

Menerusi tinjuauan di media sosial, rata-rata warganet mempertikai pemilihan Puteri Sarah kerana menganggap anugerah itu sepatutnya lebih layak diberikan kepada pelakon, Rita Rudaini..

Antara pandangan yang dilontarkan warganet, Rita dilihat sudah lama bergelar ibu tunggal selain kecekalannya dalam menguruskan anak-anak.

Malah, perjalanan hidup Rita dan anak-anaknya juga lebih menyentuh hati berbanding apa yang dijalani oleh Puteri Sarah.

“Saya suka saja dengan Puteri Sarah, tapi kalau ikon, rasanya yang lebih layak ialah Rita Rudaini.

“Dah lama dan semua nampak dia seorang ibu tunggal yang hebat. Anak-anak dijaga dengan baik. Tetapi itulah orang cakap rezeki tak pernah salah alamat. Kalau saya, saya pilih Rita, terlalu bagus dan sangat ikonik. Didik anak semua menjadi,”tulis seorang pengguna media sosial,” komen seorang pengguna media sosial.

Bagaimanapun, kejayaan Puteri Sarah itu turut dipuji dan disokong oleh bekas ibu mentuanya iaitu Patimah Ismail yang dilihat meninggalkan komen di media sosial.

“Puteri Sarah layak atau tidak segalanya atas izin Allah!” katanya.

Difahamkan pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin tersebut, meraih anugerah berkenaan kerana memberi impak positif kepada masyarakat.

Untuk info, selain Puteri Sarah, pasangan selebriti Nad Zainal dan Engku Ismail turut menerima anugerah khas pada majlis tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN